PAKEJ PERKAHWINAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum...Haaiii...


Apa khabar anda?? Semoga sihat selalu, ini doa kami dari kami di Yapaf Kulaan Catering...


Anda sedang rancang nak buat Majlis Perkahwinan tak lama lagi...??


Sedang mencari2 Pakej Perkahwinan Lengkap untuk majlis anda di Kuala Lumpur, Selangor atau Putrajaya??


Nak cari Pakej2 harga patut dari Caterer berpengalaman dan boleh dipercayai..??


Dah survey banyak pakej perkahwinan dah, dan dah pening2 dah, taktau nak pilih yang mana satu ?? 😉


heheh...Jangan stress2...jangan pening2...nanti tak seronok nak kahwin pulak...Semua boleh bincang, kata orang...


Maklumlah kahwin hanya sekali seumur hidup (InshaAllah)..Jadi, naklah penuhi permintaan semua pihak...Mak, ayah, keluarga dll nak dibahagiakan juga...betul tak?



Baiklah...untuk nak bagi anda senang faham dan tak stress lagi...Kami dengan ini membahagi beberapa pakej untuk anda pilih.


Sebab ada yang nak katering dan kanopi saja, lain2 nak cari sendiri...


Ada yang nak Pakej Kahwin Lengkap keseluruhan majlis, nak kami uruskan semua...tinggal siap saja...


Tak payah buang masa nak ke banyak tempat...penat & tak ada masa katanya...Maklum sibuk bekerja... Ada yang kata ibu bapa dah tua, tak sihat...tak sampai hati nak susahkan ibubapa lagi...jadi nak atur semua sekali...


Baik...kita tengok pakej2 apa yang Yapaf sediakan untuk keperluan anda...Pakej2 ni pakej yang kami buat readymade mengikut permintaan dan keperluan biasa customer...Kalau anda nak pinda / tambah apa2 silakan...kita boleh bincang...takde masalah


Menu pon boleh kalau nak pinda / bincang..


Tapi....anda kenalah ambik masa baca sikit penerangan2 kami ni...kalau anda baca betul2 InshaAllah akan nampak jelas...Kami memang nak bagi anda faham supaya tak fening2 lalat lagi...

Nak buat majlis yang terbaik kan...kenalah luangkan sikit masa untuk baca sikit... Kenala berkorban sikit untuk dapatkan hasil terbaik..😁


Info tentang kami :


Kami adalah Carerer yang ada kitchen sendiri dan peralatan katering sendiri (bukan lantik pihak kedua), kami ada peralatan pelamin sendiri dan orang2 kami sendiri yang akan pasang pelamin. Kami ada peralatan Kanopi meja kerusi sendiri dan orang kami sendiri yang akan uruskan pemasangan...Cuma berkenaan Persalinan (Baju pengantin) dan Makeup saja yang kami serahkan kepada partner kami yang lebih pakar untuk uruskan hal tsb kerana kami tidak pakar tentang perkembangan fesyen. Partner ini juga yang telah kami tapis rapi yang sentiasa konsisten dan InshaAllah tak akan mengecewakan customer. Kami juga telah lama bekerjasama dengan mereka..




[ FYI : Kami adalah panel Dewan Perdana Keramat Mall dan Dewan Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jadi kalau anda berminat atau dah book dewan2 ni...bolehla berhubung dengan kami untuk dapatkan pakej2 harga patut kami...]


Yang dibawah ni kami bagi pakej (Melur, Mawar dan Orked) yang TIDAK TERMASUK SEWA DEWAN, tapi termasuk kanopi meja dan kerusi yang sesuai jumlah dengan jemputan anda..

Kalau anda nak buat majlis di Rumah juga dah ada keterangan jumlah kanopi set sekali...


Untuk majlis di rumah sila tengok pada keterangan 'MAJLIS RUMAH'.. Untuk majlis di dewaan sila rujuk keterangan bawah kategori 'MAJLIS DEWAN' di bawah masing2 ada keterangan beberapa set meja kerusi dan kanopi...



Pakej Melur ni tak termasuk sewa dewan. Dewan dari anda sendiri, kami cuma sediakan meja kerusi, katering... Mana2 dewan yang boleh masuk caterer luar kami bolehla buat...Kecuali ada beberapa dewan yang memang tak dapat caterer luar masuk sbb dah ada panel, nak buat macamana kan...😂


atau Pakej di bawah ni :

 

 




Lebihnya Pakej Mawar ni daripada Melur ialah tambahan menu lauk, tambahan Tea Corner, Tambahan kanopi, tambahan jumlah meja VIP...Best ni kalau menu banyak...seronok tetamu... 😁


atau...Kalau anda minat nak buat Majlis Kahwin anda meriah dengan makanan ala stall, anda boleh tengok Pakej Kenanga di bawah ni...kami akan sediakan stall2 untuk Laksa Penang, Cendol/ABC dan Apam Balik (kami bagi 3 stall) .

 Ada juga Candy Buffet & chocolate fountain yang pastinya akan dapat sambutan hangat dari kalangan jemputan kanak2...


Menu kenanga ni kalau taknak nasi beryani boleh tukar ke nasi ayam, charkueyteow, aiskrim dll juga...semua boleh bincang...

Sekarang ni kami tengok menu ala stall ni dah popular di sebelah utara...
Best ni...pasti jemputan tak habis2 bercerita tentang betapa bestnya datang majlis anda...


Apalagi kalau buat majlis lepas Raya Puasa dan Raya Haji...boleh buat Open House sekali... 👍


Sila tengok Pakej Kenanga..



Menu boleh bincang...no problem...

Gambar2 stall :


























Dann...Pakej Perkahwinan Lengkap kami yang bestselling ialah Pakej Orked...Ramai yang ambil pakej ni dan sangat berpuashati, InshaAllah..
Tengok Pakej Orked ni..








atau... Kalaulah Majlis Eksklusif menjadi pilihan anda...silalah tengok Pakej Kahwin Lengkap Sakura di bawah ini :






Mahal ker..?? Jangan kata mahal dulu...tengok dulu apa servis yang kami berikan...baru tengok harga...Sangat berbaloi2 sebenarnya...betul...Kami bukan event planner...Kami Penyedia Perkhidmatan Katering Lengkap...Kami akan sediakan seorang Pengurus/Penyelia di tempat majlis tersebut untuk memastikan semua berjalan lancar...


Nasihat kami, anda boleh lantik wedding planner anda (kalau perlu) atau kalau ada ahli keluarga anda yang ada pengalaman (sikit) mengendalikan majlis pon dah cukup, untuk berhubung dengan pengurus kami di hari majlis nanti...


Yess...kerjasama kedua pihak sangat penting untuk memastikan majlis berjalan lancar InshaAllah...Kita berusaha dan berdoa...mohon dengan Allah agar semuanya berjalan lancar..


[  Untuk pengetahuan anda : Pakej2 di atas tidak termasuk dewan. Kami boleh uruskan beberapa dewan  juga iaitu : di Kepong ( dewan dan ada wedding place), beberapa dewan di KL, Ampang, Shah Alam. Harga lain2 ikut dewan. Anda boleh hubungi wakil kami untuk dapatkan Pakej2 termasuk dewan tsb..]


Baik kat bawah ni kami berikan beberapa gambar2 yang cantik2 untuk tatapan anda























Yang tadi majlis di dewan, yang di bawah contoh majlis perkahwinan di taman / rumah anda


Gambar2 ni semasa majlis di Frim, Kepong...Kalau anda minat nak buat kat sini boleh tanya2 Frim..











Ada kawasan berbumbung untuk pasang pelamin







Meja Beradap














































 Ni la tempatnya...Tempat ni stage kalau ada show kat sini. Tapi kalau buat Majlis Perkahwinan dia jadi tempat pelamin..




Jemputan boleh mandi manda selepas / semasa makan 😁 




Apam balik pon ada...




Boleh sembang2 bawah pokok...best tu...


dan lepas majlis bolehla pengantin terus buat Outdoor kat situ...ok apa...

Nak tengok banyak lagi gambar2 lain??

Kenalah hubungi kami ...


===========================================


PROMOSI TERKINI !!!!


OKAY...dah tengok Pakej2 kami...dah tau Harga Menarik Pakej2 dah...sekarang nak bagi PROMOSI PULAK K...

Nak tak?? Nak tengok dulu..?? Hmmm....


Baik...Untuk tempahan mulai sekarang sampai hujung bulan Mac...kami nak bagi anda PERCUMA 1 EKOR KAMBING GOLEKS (Sos Blackpepper) istimewa kami...siap set dia sekali iaitu Fresh Salad & thousand Island + Mashed Potato + Mushroom Soup & Garlic Bread...


Haa,,,,amacam?? Best tak..??


Nak tawaran lagi tak??


Baik...ada lagi...kalau anda nak tambah kambing lagi kami akan bagi RM850.00 saja seekor (Harga Biasa Rm1,100)...

Woww...bestnyaa...suka tak, suka tak??


Jadi...kalau suka...apa tunggu lagi...call la kami kalau nak bincang lebih lanjut...


Oh ye...tempahan sah untuk majlis sepanjang tahun 2017 dan bayar booking mulai sekarang sampai hujung Mac 2017.


Berapa booking?? Rm500.00 saja booking tarikh. 


Cara bayaran sepenuhnya macamana?


1. Booking tarikh bayar RM500.00
2, 2 bulan sebelum majlis bayar 50%
3. 1 minggu sebelum majlis bayar 30%
4. Baki bayar selepas majlis


ok tak??  Baik...jomla angkat fon anda sekarang & call/whatsap kami...tak susah pon kan... Kata nak kahwin...kann

===============================================


Kalau ada pertanyaan boleh terus call / hubungi kami :




Gambar2 dan promosi2 terkini boleh Like page fb kami di : 



https://www.facebook.com/yapafkulaancatering/



atau telefon kami di :



Pejabat :


>>> 0361352208 / 2207


atau terus whatsap ke :


>>> 0127346648


atau email je ke :


>>> info@yapaf.com.my


Nanti kami akan reply secepat mungkin...



FYI : Untuk majlis jamuan pejabat / kenduri biasa / tunang / nikah / aqiqah dll boleh hubungi kami...kami akan bantu berikan link untuk pakej2 tersebut...


Popular Posts